東京外国語大学言語モジュール

まとめ:様々な動詞の語形の比較

Comel masuk ke dalam bilik itu.
(チョメルはその部屋に入った。)
Saya memasukkan Comel ke dalam bilik itu.
(私はチョメルをその部屋に入れた。)
Comel memasuki bilik itu.
(チョメルはその部屋に入った。)
Lif yang rosak itu tiba-tiba naik/menaik ke atas.
(その壊れたエレベーターは突然上に上がった。)
Kami menaikkan lif yang rosak itu ke atas.
(私達はその壊れたエレベーターを上に上げた。)
Kami menaiki lif yang rosak itu.
(私達はその壊れたエレベーターに乗った。)
Dia mendekatkan kuih-muih kepada tetamu.
(彼(女)はお菓子を客に近づけた。)
Tetamu mendekati kuih-muih.
(客はお菓子に近づいた。)
Puan Faridah menghadiahkan baju sukan kepada suaminya.
(ファリダ先生は、旦那さんに運動着をプレゼントしました。)
Puan Faridah menghadiahi suaminya baju sukan.
(ファリダ先生は、旦那さんに運動着をプレゼントしました。)
Saya kirim/mengirim/mengirimkan sepucuk surat kepada ibu saya.
(私は母に手紙を一通送った。)
Saya mengirimi ibu saya sepucuk surat.
(私は母に手紙を一通送った。)
Dia hendak meminjam wang daripada saya. Tetapi saya tidak mahu meminjamkan wang kepadanya.
(彼女は私からお金を借りたがっている。しかし、私は彼女にお金を貸したくない。)
Dia tinggal di Kuala Lumpur.
(彼はクアラルンプールに住んでいる。)
Dia meninggal di Kuala Lumpur pada hari Ahad.
(彼は日曜日にクアラルンプールで亡くなった。)
Dia meninggalkan Kuala Lumpur pada hari Ahad.
(彼は日曜日にクアラルンプールを後にした。)
Pesta Konvokesyen berjalan dengan lancar.
(卒業祝賀祭は順調に進んだ。)
Dia menjalankan tugasnya dengan amat memuaskan.
(彼(女)は任務を納得のいく形で進めた。)
Datuk Mulyadi akan menjalani pembedahan di Hospital Besar Palembang.
(ムルヤディの祖父はパレンバン総合病院で手術を受けることになっている。)
Farid dapat/mendapat markah yang tinggi.
(ファリッドは高得点を取った。)
Kita akan mendapatkan maklumat lanjut daripada ibu pejabat Imigresen di Kuala Lumpur.
(私達はクアラルンプールの入管本部から詳細な情報を入手するつもりだ。)
Majlis Keselamatan Jalan Raya mendapati kira-kira 20 peratus daripada pemilik motosikal tidak memiliki lesen yang sah.
(道路委員会はバイク所有者の約20パーセントが有効な免許証を所持していないと知った。)
Sudah berapa bulan isterinya mengandung?
(彼の奥さんは妊娠何ヶ月ですか?)
Lirik lagu-lagu penyanyi itu mengandungi banyak nasihat.
(その歌手の曲の歌詞は多くの助言(メッセージ)を含んでいる。)