LANG HOME
意見を述べる
Back
Awak ambil jurusan apa di universiti?
Saya ambil jurusan akauntan.
Awak?
Saya jurusan kejuruteraan.
Wah.
Pasti jadi jurutera setelah habis belajar kelak, kan?
Tak semestinya.
Kejuruteraan tu luas.
Antaranya mekanikal, elektrikal, robotik dan banyak lagi.
Yang mana satu paling susah sekali?
Semuanya lebih kurang.
Asalkan kita bersungguh-sungguh, pasti kita boleh mempelajarinya.
Awak dalam jurusan apa?
Saya mekatronik.
Pasti yang paling susah, kan?
Takdelah.
Saya pun masih baru lagi.
Setakat ni, boleh la. Asalkan kita beri lebih tumpuan dalam kuliah.
© 東京外国語大学