Eh, Amir, nak tanya sikit.
Oh, Tiara.
Tanya apa?
Awak boleh berbahasa Jerman, kan?
Hmm. Adalah ambil kelas, tapi takdelah mahir sangat.
Sekadar perbualan harian tu boleh, kot.
Kenapa?
Minggu depan ada lawatan pelajar dari Jerman.
Dalam lapan orang.
Oh ya ke?
Boleh tak awak tolong jadi penterjemah?
Kalau setakat perbualan boleh, kot.
Tapi kalau bab tulis-tulis ni, saya masih belajar lagi.
Alaa, takde tulis-tulis.
Cuma tolong tunjukkan kawasan sekitar kampus.
Oh, kalau macam tu, boleh je.
OK.
Nanti saya bagitau pejabat.
Terima kasih, Amir.
Sama-sama.
© 東京外国語大学