LANG HOME
程度についてたずねる
Back
Tiara, saya dengar awak nak ke Jepun.
Betul ke?
A'ah.
Ada program pertukaran pelajar.
Berapa lama tu?
Enam bulan je.
Sampai bulan Julai.
Best la.
Boleh rasa musim bunga dan musim panas.
Awak kan pernah belajar sana dulu.
Sejuk tak kalau musim bunga?
Sejuk jugak.
Tapi takdelah sejuk sangat macam musim sejuk.
Cuma masih perlukan baju tebal.
Kalau musim panas?
Oh, kalau musim panas, sama macam negara kita.
Ada kalanya suhu lebih tinggi sampai cecah 38 darjah.
Panas tu.
Panas berbahang.
Sampai nak tidur pun susah.
O ya ke.
OKlah, Amir. Kalau ada apa-apa nanti, saya tanya lagi.
Macam-macam nak buat persediaan ni.
OK.
© 東京外国語大学